Monday, September 7, 2009

X-Hitachi Reunion

Semalam aku berbuka dkt Puri Pujangga, UKM utk attend x-Hitachi reunion. Tak ramai yang datang lebih kurang 23 orang semuanya. Makanan berbuka memang banyak tapi rasa dia at average jer & kadang2 kureng sikit. Tapi tu tak jadi masalah sebab aku bknnye makan bnyk sngt. Yang penting dpt jumpa member2 lama & bnyklah cerita2 lucu yg dibualkan. Aku kerja di Hitachi, Bangi tahun 91 - mid 93 (masa tu fresh grad). Lebih krng 21/2 tahun la kat sana. Masa kerja dgn Jepun, disiplin memang tinggi giler, pantang lambat mesti kena jerit. Kalo hilang, nama mesti kene paging or ada announcement thru PA system. Tapi aku tak sempat nak belajar bnyk bahasa Jepun. Aku incharge Finished Goods Warehoue under Production Control Section. So aku faham serba sedikit dlm export, shipping, purchasing, inventory & warehouse control. Dulu aku ni mahir guna pelbagai jenis forklift (yg guna bateri, minyak or gas). Kadang2 sebelah malam memang kami buat racing..hehehe. Dulu aku selalu OT sebab gaji basic kecik jer. Kalo OT biasanya aku akn balik dlm pukul 3-4 pagi. Esok pagi kene kerje lagi start pukul 7am. Dlm seminggu aku kene OT 3-4 kali...tu la rutin harian masa kerja kat sana. Kdng2 tak sempat nak tackle awek kilang..hehehe. Tapi aku respect kat awek kilang ni sebab diorang berani kacau supervisor. So aku plak yg malu2 mcm kucing belang..keh..keh..keh.

Bila buat reunion ni banyklah kisah2 lucu dibualkan. Rasa mcm smlm masih kerja lagi kat situ w/pun dah ditinggalkan berbelas tahun. Bila tngok member2 lama ni, bnyklah perubahan 'fizikal'..hehehe, ada yg dah luruh rambut coz bnyk fikir, boroi (ramai ni termasuk aku) & bnyk rezeki (ramai anak). Masa kerja kat sana aku bkn brkwn di tpt kerja je, tp lepas kerja pun sambung coz aku suka tidur rumah kwn2 (aku kat Bangi duduk dgn abang). Kami memang mcm adik beradik, bila ada duit enjoy, tak ada duit duduk diam2. Bnyk yg aku bole cerita dlm ni, tapi buat masa ni cukuplah. Kalo ada umur, insyaAllah reunion ni akn dibuat lagi. Actually ni kali yg ke-3 aku dtng reunion ni. Tapi diorng dah buat bnyk kali, aku je yg tak sempat nak dtng. Buat kwn2 semua, aku memang enjoy & tak menyesal kenal korang!

Tuesday, September 1, 2009

Tazkirah Semalam 2

Assalamualaikum, tazkirah semalam disampaikan oleh Ustz Yussaine Yahya yg didatangkan khas dari Perlis. Utz ni selalu gak dtng surau aku iaitu dlm 4 bulan sekali. Ni blog dia http://jihadtegakislam.blogspot.com/.

Utk makluman juga, surau aku ni baru je siap (95%) iaitu seminggu sblm puasa hari tu. Jadi sekarang selesa sikit utk beribadah. Bangunan utama dah siap sepenuhnya & hanya perlu 'touch-up' sikit2 je. Tapi ruang dapur & belakang masih belum siap & jika ada sesiapa yg ingin menderma, bolehlah masuk ke blog surau aku ni http://suraudarussalamnirwana.blogspot.com/.

Antara point penting tazkirah itu dipetik drp ayat 3 surah Al-Baqarah yg boleh dikongsi ialah:
1) Percaya kepada perkara ghaib seperti dosa pahala, syurga & neraka - Ia merupakan 'brek automatik' kpd manusia bilamana kepercayaan ini akan menghalang seseorng itu utk terus/mendekati perkara maksiat/kemungkaran. Bayangkan shj jika sesebuah kenderaan itu dipandu tanpa brek. Rasanya habis semua dia langgar.

2) Solat - Ia kewajipan seseorng insan & sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. I a juga menjadi benteng kpd manusia dpr perbuatan kemungkaran. Bnyk surah2 dlm Al-Quran ada menyebut berkenaan solat antaranya Surah Al-Ankabuut ayat 45, "Sesungguhnya solat itu mencegah drp perbuatan keji & mungkar".

3) Infaq/Sedekah - amalan ini amat mulia krn ia merupakan antara pelaburan kita di akhirat nanti. Pahalanya akan berterusan walaupun kita telah mati.

Wassalam.