Sunday, October 25, 2009

Kisah Si Pemecah Batu

Dulu masa kecik2, aku selalu nak jadik orng lain...mngkin krng brsyukurlah tu!

Ada seorang pemecah batu yang ketika melihat seorang kaya menjadi iri dengan kekayaan orang itu, tiba-tiba dia berubah menjadi orang kaya. Ketika dia sedang memandu, tiba-tiba dia harus memberi laluan kepada seorang menteri. Iri dengan status menteri itu, tiba-tiba dia berubah menjadi seorang menteri.

Ketika dia meneruskan perjalanannya, dia merasakan panas terik matahari. Iri dengan kehebatan matahari, tiba-tiba dia berubah menjadi matahari. Ketika dia sedang bersinar terang, sebuah awan hitam menyelimutinya. Iri dengan selubung awan, tiba-tiba dia berubah menjadi awan. Ketika dia sedang berarak di langit, angin menyapunya. Iri dengan kekuatan angin, tiba-tiba dia berubah menjadi angin.

Ketika dia sedang berhembus, dia tidak mempunyai daya kuasa menembusi gunung. Iri dengan kegagahan gunung, tiba-tiba dia berubah menjadi gunung. Ketika dia sedang berdiri dengan gahnya, dia melihat ada orang yang memecahnya. Iri dengan orang itu, tiba-tiba dia terbangun sebagai pemecah batu. Ternyata itu semua hanya mimpi si pemecah batu.

Kerana kita semua saling terkait dan saling bergantung, tidak ada yang betul-betul lebih tinggi atau lebih rendah. Kehidupan ini sebenarnya indah; kenapa sampai anda mula membanding-bandingkan.
Kata Sang Guru: ” Rasa bersyukur adalah kekayaaan terbesar. ”

* Pengajaran *
Keuntungan, kemegahan, pujian, dan kesenangan bersifat tiada akhir kerana roda kehidupan terus berputar, silih berganti ndengan kerugian, celaan, dan penderitaan. Inilah keadaan duniawi yang senantiasa mengumbang-ambingkan kita sepanjang hidup.

Kebahagiaan terletak pada kemampuan untuk mengembangkan fikiran dengan seimbang, tidak melekat terhadap keadaan duniawi.

Tiada salahnya kita menjadi kaya dan terkenal, namun orang bijaksana akan hidup tanpa kemelekatan terhadap keadaan duniawi. Kebahagiaan sejati tidaklah terkongkong pada keadaan apa pun

4 Perkara Yang Berharga Dalam Diri Manusia

Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
Ada 4 macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh.
Maka…Akal boleh hilang disebabkan marah.

Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.