Tuesday, August 17, 2010

C-KTM

Semalam ada tazkirah kat surau yg membincangkan pasal HATI yang berkait dengan C-KTM. Memang dah tau benda2 ni tapi kadang2 buat2 lupa. Apa yang ada dalam C-KTM memang aku banyak buat. Balik rumah aku masukkan dalam blog.

Perkara yang mengeras & mematikan hati (C-KTM):
a) Cakap banyak – terlalu banyak bercakap perkara yang sia-sia, mengumpat, mengata, bergurau melampaui batas dll.
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya”(Riwayat Abu Naim)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Orang yang bercakap sedikit bukan bermakna dia bodoh (kurang cerdik) atau dia tiada ilmu. Tetapi, ia adalah lumrah manusia. Segala ciptaan Allah ada kebaikan. Mulut adalah satu senjata yang amat berbahaya jika dibandingkan dengan lain-lain senjata yg ada bukan? Kerana mulut badan binasa dan kerana mulut lari rakan-rakan.

b) Ketawa yang melampau – banyak ketawa yang melampaui batas tanpa kawalan & segan silu. Memang begitulah manusia. Islam pun tidak pernah melarang umatnya yang mahu menyatakan rasa kegembiraan mereka dengan ketawa. Namun selaras sebagai agama unggul yang sarat dengan pelbagai adab dan disiplin, ada batas ketawa yang harus dipatuhi. Ini bukanlah suatu kongkongan sebaliknya menjadi panduan agar orang islam tidak dipandang rendah martabatnya oleh bukan islam.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak, sebagai pembalasan dari apa yang mereka kerjakan." (Surah At-Taubah: 82)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan At-Tarmidzi)

Hati yang sudah mati akan memudahkan syaitan menakluki dan merajai diri, seterusnya akan membawa individu ke lembah hina dan menyeleweng dari landasan kebenaran. Jika hati sudah mati, punahlah keperibadian manusia. Malah jika hati sudah rosak, maka binasalah juga maruah diri. Sementara seorang abid, Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata: "Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudahpun dikeluarkan dari istana Allah." Muhasabahlah diri. Ketawalah sebagai suatu penyataan kesyukuran tetapi jangan sampai mematikan hati!

c) Banyak Tidur – Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah, lapan jam mencari nafkah dan baki lapan jam lagi untuk beristirahat dan tidur. Tidur yang berlebihan dan terlalu banyak akan mengakibatkan hati mati, badan terasa berat, waktu terbuang sia-sia, suka lupa dan malas. Kerananya ada tidur yang dimakruhkan dan ada tidur yang berbahaya, tidak membawa kemanfaatan bagi badan. Tidur yang bermanfaat adalah tidur ketika betul2 rasa sangat mengantuk. Tidur di permulaan malam lebih bermanfaat daripada tidur di akhir malam. Tidur di pertengahan siang lebih baik daripada tidur pada waktu pagi dan petang.

Setiap kali tidur yang mendekati pagi dan petang hari, maka potensi kemanfaatannya sangat minimum sementara potensi kemudharatannya sangat besar, terutama tidur pada waktu asar dan pada waktu pagi. Dimakhruhkan seseorang untuk tidur setelah selesai solat subuh dan matahari terbit. Kerana saat ini merupakan permulaan siang, kuncinya siang, waktu turunnya rezki, waktu pembahagian rezki dan turunnya keberkahan. Oleh kerana itu, cubalah sedaya mungkin untuk elak daripada tidur pada waktu tersebut, kecuali terpaksa sangat.

Jadi, tidur yang normal dan yang baik adalah tidur pada separuh malam yang pertama dan seperenam dari malam yang terakhir iaitu sekitar sesudah solat isya’. Ini tidur yang normal menurut para doktor.

Selain itu, tidur yang tidak baik adalah tidur pada permulaan malam, menjelang matahari terbenam. Rasulullah melarang tidur pada saat tersebut.

Banyak tidur hanya menyia-nyiakan usia hidup, meninggalkan solat tahajjud, menyebabkan watak tumpul dan keras hati. Padahal umur merupakan harta manusia yang paling berharga. Sementara itu, tidur juga boleh menyebabkan kematian. Kerananya, banyak tidur dapat mengurangi umur, juga mengurangi keutamaan tahajjud. Orang yang banyak tidur pasti banyak meninggalkan solat tahajjud. Sekalipun dia tetap dapat melaksanakannya, maka dia tidak akan dapat merasakan manisnya ibadah.

d) Banyak Makan – perut yang sentiasa kenyang boleh menjadikan kita malas, susah belajar & keras hati. Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.” Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.” Berkata Dzunnun: “Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”. Berkata ‘Aisyah r.aha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia” .

Terlalu banyak makan boleh menyebabkan enam pekerti tercela. Ia adalah:

- Hilangkan rasa takut dan takwa kepada Allah.

- Berat untuk taat beribadat.

- Hilang kasih sayang sesama makhluk kerana menganggap orang kenyang itu sama sepertinya.

- Gagal memahami dan sukar memahami kehalusan makna ketika mendengar pesanan yang baik.

- Mengundang pelbagai penyakit.

- Sebarang nasihat atau pesanan yang diberikan orang yang terlalu kenyang, tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.


Wallahualam

Sunday, April 25, 2010

Memujuk Hati

Idea...idea...idea...bukan tak ada idea nak tulis, masa tak ada. Tu lah jawapan yang paling mudah & standard yang setaraf dengan jawapan budak sekolah rendah. Memang tak boleh menipu, masa 24 jam tu diberikan sama dengan semua orang. Mungkin aku je yang tak pandai menguruskan masa...tu yang memanjang tak ada masa

Minggu ni minggu memujuk hati...kenapa?...hehehe...rahsia. Ada benda yang boleh bagi tahu kawan-kawan, isteri... ada yang kita kena simpan sampai mati. Jadi malam ni habis artikel berkenaan 'hati' aku baca dalam blog Genta Rasa. Ni link dia http://genta-rasa.com/2010/02/13/kerana-di-situlah-keindahan-hidup/#more-807

Memang aku nak promosikan blog Genta Rasa ni. Sesuai untuk dibaca terutama remaja & orang dewasa. Memang menyejukkan hati, menenangkan perasaan, menghiburkan dan yang paling penting ia menambahkan perasaan tawaduk dalam diri ini. Bila dosa terlalu banyak, memang hati akan merana. Tubuh badan akan malas nak beribadah & akan menjadi berat atau susah. Itu yang jadi pada aku. Kadang-kadang rasa jauh sangat & bila rasa jauh cepat-cepat aku buat apa yang patut.

Bila aku baca & ingat balik artikel berkisar mengenai 'memujuk hati' yang ada dalam blog Genta Rasa tu, banyak perkataan HATI yang dibicarakan. OK lah, aku nak teruskan 'aktiviti memujuk hati' ni. Sebelum tu, bacalah sikit sedutan dari artikel dalam blog Genta Rasa.

• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
sebab hati kotorKalau lidah susah nak berzikir,

Tuesday, March 23, 2010

Ada Orang....

Dah lama tak menulis, bukan pasal tak ada idea tapi masa tak mengizinkan. Bila kita cerita pasal kerja, ramai yang ada cerita tersendiri...sedih, emosi, politik, gembira & macam2 ada. Samalah macam aku, tak sunyi daripada semua benda2 ni. Aku nak share sdkt sbnyk pasal kerja di opis & perangai orng2 yg bole kita nampak:
1) Kalau kita tunjuk cerdik sikit, maka bersedialah jadi kuda tunggangan atau kuda perang.
2) Ada orng yg bila boss bagi kerja, dia kata tak mahir/tak pandai nak buat sebab benda baru....jadi kena la kerja2 ni otai jugak yg buat.
3) Boss suka orng yg kerja laju, cepat & tepat. Tapi bila sampai kat kenaikan pangkat/bonus..portion rate & peluang tu samaaaa jer dgn yg lain.
4) Orng yg pandai cakap & menonjol dlm meeting memang satu kelebihan & cepat naik w/pun bila pegang komputer dia bole jadi parkinson...
5) Orng yg tak ada MC atau krng MC atau tak pernah dtng lambat dipandang sama je dgn yg MC sampai 10 hari setahun.
6) Ada kwn yg tak suka mkn nasi sebab dia suka mkn kwn.
7) Bila ada presentation dgn pengurusan tertinggi, boss kata officer kena buat coz nak latih dia softskill. Tapi hakikatnya, bila boss sendiri yg buat kelam kelibut jadinya....rupa2nya taichi je lebih boss2 ni.
8) Orng yg bnyk pengalaman, kelebihan atau kepakaran selalunya dijadikan bahan rujukan & kuda perang. Tapi bila dah dpt/settle projek/kerja tu campak je orng tu kat mana2. Alasannya dia ni bnyk 'arguement' & pendapat sedangkan sebelum ni argument/pendapat tu la yg bnyk dituruti atau menyelamatkan keadaan.
9) Ada orng yg buat bodo jer dlm kerja coz tak nak ambil risiko & kena buat kerja lebih.
10) Ada orng buat kerja sikit, tapi kecoh dia macam semua kerja2 dtng dari dia atau dia yg buat semuanya.
11) Ada orng yg cuba buat kerja seikhlas mungkin kerana Allah. Tapi bila dikudakan atau dipergunakan sampai terjejas kesihatan, hilang waktu bersama keluarga, ibadah, rehat...dia jadi 'down'.
12) Ada orng yg kerja memang 'hampeh', ceroi, tapi bila dpt penilaian prestasi rendah, muncung pnjang 1 meter, merajuk mcm mak bidan tak dpt upah.
13) Ada orng tak ada kerja lain, gossip, mengumpat, fitnah, bizi bodi. Kerja yg patutnya siap 1 jam dia kata esok baru bole siap.
14) Ada orng yg low profile dlm semua keadaan.
15) Ada orng yg 'malas aku nak mikir...asalkan cukup bulan dpt gaji'.

Mungkin ada bnyk lagi karakter & perangai orng di tpt kerja ni yg tak disebut. Tapi aku percaya drp semua karakter di atas ni, 80% drpnya mesti ada di mana2 tempat. Mungkin belum berjumpa atau belum menonjol atau belum masanya.

Apa yg aku sebutkan ni hanyalah utk berikan peringatan yg benda2 mcm ni memang ada & tak mustahil akan jadi pada kita suatu hari nanti. So just take care & alert. Apa pun terjadi, mental kena kuat, persiapan rohani/jasmani pun kena mantap. Jadi bila badai/ujian melanda kita tak akan mudah karam.