Sunday, April 25, 2010

Memujuk Hati

Idea...idea...idea...bukan tak ada idea nak tulis, masa tak ada. Tu lah jawapan yang paling mudah & standard yang setaraf dengan jawapan budak sekolah rendah. Memang tak boleh menipu, masa 24 jam tu diberikan sama dengan semua orang. Mungkin aku je yang tak pandai menguruskan masa...tu yang memanjang tak ada masa

Minggu ni minggu memujuk hati...kenapa?...hehehe...rahsia. Ada benda yang boleh bagi tahu kawan-kawan, isteri... ada yang kita kena simpan sampai mati. Jadi malam ni habis artikel berkenaan 'hati' aku baca dalam blog Genta Rasa. Ni link dia http://genta-rasa.com/2010/02/13/kerana-di-situlah-keindahan-hidup/#more-807

Memang aku nak promosikan blog Genta Rasa ni. Sesuai untuk dibaca terutama remaja & orang dewasa. Memang menyejukkan hati, menenangkan perasaan, menghiburkan dan yang paling penting ia menambahkan perasaan tawaduk dalam diri ini. Bila dosa terlalu banyak, memang hati akan merana. Tubuh badan akan malas nak beribadah & akan menjadi berat atau susah. Itu yang jadi pada aku. Kadang-kadang rasa jauh sangat & bila rasa jauh cepat-cepat aku buat apa yang patut.

Bila aku baca & ingat balik artikel berkisar mengenai 'memujuk hati' yang ada dalam blog Genta Rasa tu, banyak perkataan HATI yang dibicarakan. OK lah, aku nak teruskan 'aktiviti memujuk hati' ni. Sebelum tu, bacalah sikit sedutan dari artikel dalam blog Genta Rasa.

• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
sebab hati kotorKalau lidah susah nak berzikir,