Pejam celik pejam celik dah dekat 20 thn aku keje kat ***. Dah lebih 7 Jabatan aku keluar-masuk, banyak pengalaman pahit mains aku timba. Tiba-tiba bulan lepas aku buat keputusan mengejutkan….aku mintak transfer! Sesuatu yang tak pernah aku buat sepanjang aku bekerja. Aku pun ada mula mohon kerja kosong kat luar, saja test market kot….
Aku ni merajuk ke…atau terasa macam otai2 yang dah tak dihargai…atau aku ni dah tak competent macam pegawai baru yang semuanya lebih ‘terkini’ atau aku yang ketinggalan atau dapat markah prestasi teruk walaupun kadang2 kerja macam bangla.…hehe…tu semua biar aku sorang2 je yang tahu. Kalau tak, blog ni akan kesepian lah sebab dah lama aku tak ‘melampiaskan’ gelojak hati yang rasa terpinggir ni….huhu.
Macam biasa la aku ni, kalau ada masalah aku akan dapatkan maklumat dari pelbagai sumber & salah satunya melalui membaca. Aku tertarik baca satu artikel yang isinya memang aku biasa jumpa, tapi kadang2 ‘terlupa’ (faktor usia). Ni aku share sikit kandungan artikel tu……..
Kadang-kala timbul masalah tidak 'sekepala' dengan rakan-rakan sekerja. Majikan pula selalu merungut ada saja perkara yang tidak kena. Inilah ujian dan dugaan di alam pekerjaan. Tidak mungkin kita boleh 'ngam' dengan semua orang disekeliling kita. Apa yang membuatkan kita mampu bertahan dan terus bekerja dengan gembira adalah dengan menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan. Berfikiran positif dan selalu memperbaiki diri adalah faktor utama menangani situasi ini. Jangan dek sedikit saja onak duri yang mendatang, mulalah merangka surat perletakkan jawatan! Perkara yang paling menguji diri kita sebagai seorang pekerja juga adalah elemen kejujuran. Sukar untuk menjadi jujur walau tidak 'mengulat' selama satu minit sahaja.
Menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat untuk kepentingan sendiri. Kita anggapkan tiada siapa yang tahu dan melihat, jadi tidak apalah. Kebetulan pula bos tidak datang, kita pun bersuka-suka dan tidak serius dalam bekerja. Ada juga yang buat kerja alai-balai kerana tidak suka pada majikan. Jadikanlah Allah sebagai 'majikan' tertinggi, maka kita akan jujur dalam menjalankan tugas. Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah. Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus kita genggam sebagai matlamat dalam kerjaya. Firman Allah SWT, "Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10). Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.Haaa….tu la dia artikel yang sempat aku share yang mungkin membantu aku untuk membuat keputusan. Jadi apa keputusan aku??? ……tunggguuuuuu…kita lihat apa kesudahan cerita ni di lembaran yang akan datang…tu pun kalo ada masa laaa…hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment