Tuesday, September 1, 2009

Tazkirah Semalam 2

Assalamualaikum, tazkirah semalam disampaikan oleh Ustz Yussaine Yahya yg didatangkan khas dari Perlis. Utz ni selalu gak dtng surau aku iaitu dlm 4 bulan sekali. Ni blog dia http://jihadtegakislam.blogspot.com/.

Utk makluman juga, surau aku ni baru je siap (95%) iaitu seminggu sblm puasa hari tu. Jadi sekarang selesa sikit utk beribadah. Bangunan utama dah siap sepenuhnya & hanya perlu 'touch-up' sikit2 je. Tapi ruang dapur & belakang masih belum siap & jika ada sesiapa yg ingin menderma, bolehlah masuk ke blog surau aku ni http://suraudarussalamnirwana.blogspot.com/.

Antara point penting tazkirah itu dipetik drp ayat 3 surah Al-Baqarah yg boleh dikongsi ialah:
1) Percaya kepada perkara ghaib seperti dosa pahala, syurga & neraka - Ia merupakan 'brek automatik' kpd manusia bilamana kepercayaan ini akan menghalang seseorng itu utk terus/mendekati perkara maksiat/kemungkaran. Bayangkan shj jika sesebuah kenderaan itu dipandu tanpa brek. Rasanya habis semua dia langgar.

2) Solat - Ia kewajipan seseorng insan & sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. I a juga menjadi benteng kpd manusia dpr perbuatan kemungkaran. Bnyk surah2 dlm Al-Quran ada menyebut berkenaan solat antaranya Surah Al-Ankabuut ayat 45, "Sesungguhnya solat itu mencegah drp perbuatan keji & mungkar".

3) Infaq/Sedekah - amalan ini amat mulia krn ia merupakan antara pelaburan kita di akhirat nanti. Pahalanya akan berterusan walaupun kita telah mati.

Wassalam.

2 comments:

  1. nak bercerita pasal sedekah...kdg2 klo rasa hati tgh sedih cuba belanja kwn2 mkn...atau bersedekah..ntah tiba2 hilang sedih tu...so far lah...xtau lah klo ada ujian yg lebih besar mcm mana jadinyer...

    ReplyDelete
  2. Mngkin ada betulnye coz Allah akn mudahkan urusan kita jika kita mudahkan urusan orng. So bila nak blnjer kita?

    ReplyDelete