Surau kat tempat aku dalam bulan Ramadhan buat 8 rakaat tarawih diikuti dgn witir. Lepas tu ada tazkirah sikit. Malam tadi ada kelainan sikit bila seorang ustaz yang antara paling muda (agak aku) kali pertama aku jumpa. Nama dia Utz Izat, tenang, lembut & terlalu mencuit hati tazkirah yang disampaikan. Petah mulut dia menyampaikan dakwah & ayat2 Allah. Dia jugak yg jadi imam solat tarawih. Sedap bacaannya, sayu, lembut ayat2 Al-Quran itu dibacakan, tapi ada sesetangah tu dikeraskan mungkin berkaitan ayat2 peringatan (agak aku la, sebab aku ni buta bhs arab).
Malu rasa diri ini bila dibandingkan dgn ilmu, perwatakan & kelembutan Utz Izat...jauh sekali & rasa terlalu kecil kita. Utz Izat antara tenaga pengajar sebuah sekolah tahfiz di Bagan Lalang (aku dah lupa nama sekolah tu). Dlm usia dia yg muda tu banyak dah sumbangan yg diberikan kepada agama....tapi aku? sibuk dgn kerja, kereta baru, pangkat, 'nakal' & nikmat2 dunia ni....ntah bila nak sedar!
Tazkirah yg disampaikan berkenaan dgn muhasabah diri. Memang meruntun & menyentuh hati ni macam dirobek2....sayu bila mendengar tegurannya yg lembut. Aku tengok pakcik2 kat situ ada yg merah mata, mungkin sayu & sedih bila diajak bermuhasabah diri. Aku pun memang sedih, ye lah, dosa banyak! tapi aku cuba control muka ni nampak ok jer...dlm hati Allah yg tahu.
Lebih kurang 45 minit tazkirah tu & antara perkara pokok yang aku masih ingat ialah, jika kita ingin memilih antara 3 keutamaan yg diberi:
1) Mencari kebahgiaan & ganjaran pahala & syurga;
2) Menghindarkan diri dari api neraka; dan
3) Mendapat keredhaan Allah.
Nabi menasihatkan supaya pilihlah yg ketiga iaitu mendapat keredhaan Allah kerana dgn redhaNya kita akan mendapat sekali yg pertama & kedua.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ye... penting juga bagi kita sedaya upaya beribadat krn rasa syukur kpd Allah spt para nabi dan sahabat yg tekun beribadah wlpn mereka dijamin ke syurga.
ReplyDelete