Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Esok 22/08/09 (1 Ramadhan 1430H), semua umat Islam akan memulakan ibadah berpuasa. Alhamdullilah dapat jugak tahun ni sekali lagi aku menyambutnya. Tahun depan? belum tahu...entah ada lagi tah tidak.

Seperti selalunya, perasaan gembira macam dunia ni aku punya jer bila tiba Ramadhan...tak tau kenapa, mungkin kerana keberkatannya. Ceria dia lain macam. InsyaAllah aku akan cuba buat yg terbaik tahun ni. Kadang2 tu teringat adik & saudara2 seislam aku yg ada di rumah anak yatim & juga yg nun jauh di Palestin....apa juadah sahur & buka puasa mereka? larat x mereka? tahan tak dugaan yg diterima? Aku yg kat sini melimpah ruah makanan & kadang2 buang bila x larat. Ada tu pulak yg bagi kat surau/masjid dgn alasan 'sayang nak buang'/tak nak membazir...(mcmlah surau tu tpt buang sisa makanan). Bagi aku, kalau kita nak sedekah pun, biarlah yg terbaik/yg pertama dan bukan second hand.

Ok la, x nak membebel bnyk, yg penting tindakan. Tahun ni, aku akan cuba bnykkan lagi sedekah, bantu fakir miskin, ibadah sunah sebnyk mungkin & kurngkan pembaziran. Kat opis pulak aku akan cuba lebih low profile, jadi pendiam..hehehe.., x kacau orng & x nakal2. Tapi kalo orng yg kacau aku, tu yg susah nak elak...

Mcm thn2 yg lepas, aku memang jarang beli baju raya...kasut raya...yg penting keluarga aku cukup utk beraya sakan...hehehe. Kdng2 lelaki ni suka berkorban dlm berbagai keadaan, orng jer yg tak tau or mungkin malas nak ambik tau.

Kepada kwn2 yg membaca, aku ucapkan selamat berpuasa & buatlah yg terbaik krn belum tentu kita akan berjumpa Ramadhan tahun depan.

2 comments:

  1. Selamat menyambut ramadhan...sediakan juga duit raya utk dib nih...hihihi

    ReplyDelete
  2. Ok, brape Dib tak cukup bg tau jer...nnti saya bg duit monopoli.

    ReplyDelete