Bulan puasa ni kalau pegi jln2 kat JMI memang meriah. Semua benda ada dari makanan, pakaian, perhiasan hinggalah perkhidmatan urut kaki (mat2 Tabligh). Aku yg dah berbelas tahun kerja kat area sini memang tak pernah miss jln2 kat JMI. Yang selalu aku cari ialah serunding, rendang tok, ketupat daun palas & minyak wangi tanpa alkohol (Dunhill Desire). Makanan aku tak suka sangat beli kat situ sebab selalunya kurang kualiti & mahal. Baik beli di bazar ramadhan dekat rumah. Baju Melayu aku pernah beli kat situ, kualiti dia memang elok, banyak pilihan cuma saiz aku jer yg susah nak cari....hehe, baju nak saiz 'L', seluar nak kecik tapi pinggang nak besar...camne tuh! Nak tempah memang aku malas, rasanya macam membazir je sebab lepas raya selalunya baju melayu je yg aku pakai. seluar duduk dalam almari.
Memang jauh perbezaan kalo nak dibandingkan masa zaman 70an (aku lahir jer kat Muor tapi besar kat KL). Selalu jugak pegi JMI ni masa kecik2 dulu. Masa sekolah rendah aku dah kuat merayau. Dari Cahaya Suria (dulu antara landmark kat KL) bas Toong Foong akan berhenti kat situ, aku pun menapak jln kaki pergi ke JMI. Lepas tu pergi kat tepi sungai (dkt dgn restoran Hamid-mamak) utk gunting rambut. Masa tu pakai gunting & mesin ketam utk bagi rambut tu pendek/nipis (no electricity needed). Dah puas merayau kat JMI aku pun meneruskan perjalanan aku ke Chow Kit Road (CKR).
Di CKR masa tu yg paling top pasaraya dia ialah 'Batu Road Supermarket' & 'Keramat Supermarket' (skrng dah tak ada). Haa..kat situ la selalunya aku beli baju sekolah, baju raya, baju basan & tak ketinggalan 'mainan' (patung askar - aku ni minat betul main benda2 nih!).
Kat CKR rasanya tak banyak perubahan, masih maintain shophouse pre-war, gerai2 kat dlm pasar, kedai jual pinggan mangkuk & suasana persekitarannya. Cuma sekarang ramai warga asing & mat pet kat area tu.
Ok la, nanti aku kongsi lagi cerita macam ni. Hidup kat KL ni memang macam2 ada, menarik, penuh dugaan & kalo salah langkah....akan menyesal sampai ke tua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah dari kecik dah pandai membeli belah...
ReplyDelete